Friday, December 2, 2011

SURAT PUTUS CINTA..

#SURAT PUTUS CINTA# sedih laaa..
''Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfreind omputihnya melalui surat,Suratnya berbunyi begini:-) ''

Hi..My motive write dis letter to giv know u something i want to CUT CONNECTION us.i saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes.So,i break connection to PULL MY BODY from dis luv.i hav think about dia very COOK-COOK.i know i CLAP 1 HAND only.i dont trust u again ! U are really CROCDILE LAND! i don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. i hav been crying until no more aye water.i don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES.
SAFE WALK!!!!! :(

The true,
Timah..

(Terjemahan ayat huruf besar:
CUT CONNECTION=PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE=MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY=TARIK DIRI
COOK-COOK=MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND=TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND=BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2TIMES=PISANG MASAK 2 ALAI
SAFE WALK=SELAMAT JALAN.

Wednesday, November 30, 2011

SUAMI ISTERI YG BODOH


Azman merupakan seorang peramugara yang telah bertugas di sebuah syarikat penerbangan swasta semenjak 7 tahun yang lalu. Dia sering ditugaskan keluar negara kerana sikapnya yang amat ramah dan disukai pelancong.
Pada suatu hari, beliau telah ditugaskan untuk ke Indonesia dan telah membeli seekor burung kakak tua sebagai buah tangan untuk isterinya iaitu Nora. Nora merupakan seorang peramugari yang mempunyai wajah yang jelita serta tubuh badan yang seksi dan bertugas di syarikat penerbangan yang sama.
Setelah pulang ke rumah, beliau memberi burung tersebut kepada Nora. Lalu nora pun berkata..
Kenapa abang beli burung kakak tua ni..kan mahal harganya..
Azman pun menjawab..
Abang beli untuk awak..lagi pun burung ni special sikit. Cuba awak tengok ni.
Azman mengangkat tangan kanan dan memetik-metik jarinya. Lalu burung itu terus menyanyikan lagu dangdut. Nora berasa sungguh teruja kerana ini pertama kali dia melihat seekor burung kakak tua menyanyi lagu dangdut. Kemudian dia pun bertanya kepada Azman.
Kalau abang angkat tangan kiri pulak apa jadi..??
Azman pun mengangkat tangan kiri dan memetik-metik jarinya seperti tadi. Lalu burung tersebut terus menyanyikan lalu hip hop. Nora berasa sangat-sangat teruja mendengar nyanyi burung tersebut dan bertanya lagi kepada suaminya itu.
Abang, kalau kita angkat kedua-dua belah tangan pulak apa jadi..???
Azman pun menjawab..
Awak cuba la buat.
Nora pun mengangkat kedua-dua belah tangannya dan memetik-metik jarinya seperti yang dilakukan oleh suaminya tadi. Tiba-tiba burung itu pun berkata…
Satu-satu la bodoh!! mana satu aku nak ikut ni..! kiri ke kanan…

Tuesday, November 29, 2011

AKU MAAFKAN KAMU



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Saturday, November 19, 2011

‎"Sajo nok peringat.. Kito manusio ni ibarat wa atah langit.. X lepah pado wa jugok kito nih.. walaupun tinggi mano terbe atah langit.. walaupun suko staro mano ikut susur angin.. keno ingat..! wa tetap x lepah daripado tali hok ikat pado teraju dio"